Petaling Jaya, 15 MEI 2024 – MBizM Sdn. Bhd., penyedia latihan dan perundingan Lean Six Sigma (LSS) terkenal di Malaysia, amat teruja untuk mengumumkan pelancaran Kursus Pensijilan Lean Six Sigma Green Belt khusus untuk pekerja Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) di Malaysia. Kursus ini dilancarkan di bawah Inisiatif MSME Development (Pembangunan PMKS) yang merupakan sebahagian daripada Program Latihan MADANI (PLM) HRD Corp.
Program Latihan MADANI (PLM) telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim, sebagai sebahagian daripada Belanjawan 2024, untuk memperkasakan komuniti yang memerlukan dan memupuk pertumbuhan PMKS dengan menyediakan kemahiran penting, sumber, dan sokongan yang diperlukan. Dengan diterajui oleh HRD Corp seperti yang dimandatkan, Program Latihan MADANI yang terdiri daripada lima inisiatif berusaha untuk meluaskan akses peluang latihan dan pembangunan.
Antara inisiatif ini ialah Inisiatif MSME Development, dibangunkan untuk memperkasakan PMKS dengan meningkatkan kemampanan tenaga kerja, mengurangkan kadar pusing ganti, dan meningkatkan daya tahan perniagaan melalui program-program peningkatan latihan dan latihan semula untuk pekerja PMKS. Inisiatif ini bertujuan untuk membantu para pekerja memperoleh kemahiran dan pengetahuan yang berharga untuk meningkatkan prestasi, produktiviti dan kebolehsuaian mereka sepanjang kerjaya mereka, dan akhirnya meningkatkan daya saing PMKS Malaysia dalam pasaran global.
MBizM Sdn. Bhd. mengambil bahagian dengan menawarkan Kursus Pensijilan Lean Six Sigma Green Belt (5 Hari) untuk membantu mencapai objektif inisiatif ini. Di bawah bimbingan pelatih-pelatih bertauliah MBizM, para peserta PMKS akan menjalani sesi latihan transformatif dan interaktif. Ini boleh melengkapkan mereka dengan kemahiran dan pengetahuan penting untuk menggunakan alat dan teknik Lean Six Sigma dengan berkesan di seluruh syarikat, pelanggan, dan pembekal mereka untuk mencapai hasil penambahbaikan perniagaan.
Melalui kelas secara bersemuka yang menampilkan bengkel interaktif, aktiviti berkumpulan dan kajian-kajian kes, kursus 5 hari ini merangkumi pelbagai topik, termasuk penambahbaikan proses, pengurusan kualiti, dan teknik penyelesaian masalah yang disesuaikan untuk keperluan PMKS.
Di samping itu, selain daripada menerima latihan Minitab yang melengkapkan peserta dengan kemahiran analisis data, para peserta juga akan berpeluang untuk menduduki peperiksaan antarabangsa CSSC secara dalam talian dan memperoleh pensijilan antarabangsa, lagi meningkatkan kelayakan mereka.
Bukan itu sahaja! Dengan penubuhan inisiatif baharu ini, kursus yang biasanya berharga sekitar RM6000 ini adalah PERCUMA sepenuhnya dan terbuka kepada semua syarikat berdaftar Status PMKS yang mempunyai Sijil Akuan Status PMKS aktif di bawah SME Corp. Malaysia (maksimum 5 pekerja bagi setiap majikan PMKS berumur 18-60 tahun). Jadi jangan lepaskan peluang luar biasa ini untuk melabur dalam masa depan perniagaan anda tanpa sebarang kos!
Klik di sini untuk membuat pendaftaran dan tempah slot anda sekarang! Terhad kepada 25 peserta sahaja! Sertai kami dalam sesi pertama kursus dan bawa syarikat anda ke tahap kejayaan baharu!
Untuk maklumat lanjut mengenai Kursus Pensijilan Lean Six Sigma Green Belt (5 Hari) di bawah Inisiatif MSME Development PLM, MBizM Sdn. Bhd. mengalu-alukan sebarang pertanyaan melalui e-mel, telefon, atau di laman web rasmi; https://www.mbizm.com/
Mengenai MBizM Sdn. Bhd.
MBizM Sdn. Bhd. ialah penyedia latihan dan perundingan Lean Six Sigma terkemuka di Malaysia, membolehkan organisasi mencapai kecemerlangan operasi dan penambaikan yang mampan. Dengan pasukan perunding dan jurulatih yang berpengalaman, MBizM Sdn. Bhd. menawarkan program latihan Lean Six Sigma komprehensif yang disesuaikan demi keperluan organisasi dalam pelbagai industri. Dengan menggabungkan pengetahuan praktikal, kepakaran industri, dan metodologi latihan yang inovatif, MBizM Sdn. Bhd. sedia menyokong setiap pelanggan dalam perjalanan Lean Six Sigma mereka, memacu peningkatan berterusan dan kejayaan organisasi.