industri farmaseutikal

Lean Six Sigma Dalam Industri Farmaseutikal: Kecekapan Operasi

Pelaksanaan Lean Six Sigma secara berstruktur telah membantu sebuah syarikat farmaseutikal terkemuka meningkatkan kecekapan operasi, menambah baik kualiti produk, dan menjana penjimatan kewangan berjumlah RM15 juta.

Sudah menjadi pengetahuan umum bahawa syarikat-syarikat farmaseutikal memainkan peranan penting dalam masyarakat di peringkat nasional dan global. Bukan sahaja mereka membangunkan dan menghasilkan ubat-ubatan yang menyelamatkan nyawa, tetapi mereka juga memacu inovasi perubatan dan menyumbang kepada kemajuan kesihatan awam. Oleh itu, amatlah penting bagi syarikat-syarikat ini untuk mempunyai operasi yang cekap dan berkesan bagi memastikan kualiti penjagaan dan hasil rawatan yang terbaik kepada pesakit.

Lean Six Sigma merupakan satu metodologi penambahbaikan berterusan yang berstruktur dan dipacu oleh data. Ia terbukti berkesan dalam memperkemas dan menyeragamkan operasi dalam pelbagai industri, termasuk industri farmaseutikal.

Klien kami, sebuah syarikat farmaseutikal tersenarai awam yang terkemuka, telah membuat keputusan untuk memulakan perjalanan Lean Six Sigma sebagai sebahagian daripada komitmen mereka ke arah mencapai kecemerlangan operasi di seluruh organisasi.

OBJEKTIF

Inisiatif Lean Six Sigma yang dirangka khas untuk pelanggan kami mempunyai dua objektif utama:

    1. Untuk melaksanakan metodologi Lean Six Sigma secara menyeluruh merentas unit perniagaan dengan penjimatan kewangan yang boleh dibuktikan;
    2. Untuk membangunkan kecekapan dan kebolehan pemimpin-pemimpin masa depan syarikat yang terpilih.

Para peserta program ini telah dipilih khas oleh pihak Pengurusan Tertinggi syarikat untuk didedahkan kepada pengetahuan, kemahiran dan kompetensi berkaitan analisis berasaskan data dan pembuatan keputusan. Sejak awal lagi, mereka telah dimaklumkan bahawa mereka dijangka menjadi pemimpin generasi seterusnya dalam organisasi tersebut.

Inisiatif penambahbaikan yang dilaksanakan meliputi pelbagai portfolio projek seperti penambahbaikan output pengeluaran, pengurangan masa tukar ganti (changeover), pengurangan kecacatan produk, pengoptimuman kos kewangan (OPEX, Kos Barang Dijual & Modal Kerja), pengurangan inventori, pengurangan masa kitaran pengeluaran, dan pengoptimuman penggunaan tenaga elektrik.

PENDEKATAN

Bagi merealisasikan objektif ini, kami telah membangunkan satu Pelan Pelaksanaan Lean Six Sigma yang dijalankan dalam tempoh tiga tahun.

Pelan ini terdiri daripada dua segmen latihan dan penyampaian projek yang berturutan: dimulakan dengan program Lean Six Sigma Green Belt, kemudian disusuli dengan program Lean Six Sigma Black Belt.

Bagi melayakkan diri sebagai pengamal Lean Six Sigma Green Belt, peserta perlu menyiapkan dua projek Green Belt dengan jumlah penjimatan kewangan (hard-saving) sebanyak RM300,000 dalam tempoh setahun, serta lulus penilaian dalaman Green Belt. Seterusnya, bagi peringkat Black Belt, setiap peserta perlu menyiapkan empat projek Black Belt dengan jumlah penjimatan sebanyak RM1 juta dalam tempoh dua tahun, dan lulus penilaian dalaman Black Belt.

Metodologi Lean Six Sigma seperti DMAIC dan DMADV turut digunakan mengikut keperluan dan kesesuaian projek. Selepas modul latihan selesai bagi setiap peringkat, para pemimpin projek dibimbing secara individu melalui sesi bimbingan (coaching), sebelum mereka membentangkan projek mereka dalam sesi Tollgate, yang dinilai oleh panel Pengurusan Tertinggi.

HASIL

Dengan mengikuti rangka kerja metodologi DMAIC yang berstruktur serta sesi bimbingan dan tollgate, para peserta berjaya melaksanakan projek berimpak sederhana hingga tinggi yang selari dengan kriteria Lean Six Sigma Green Belt, dan hasilnya melebihi jangkaan awal.

Menjelang akhir pelaksanaan program, hampir 50 projek telah disiapkan dengan penjimatan kewangan (hard-saving) yang disahkan berjumlah RM15 juta. Selain daripada penjimatan kewangan, terdapat juga penjimatan tidak langsung (soft-saving) dan penambahbaikan dalam metrik ESG (Alam Sekitar, Sosial & Tadbir Urus).

Tambahan lagi, para pemimpin projek turut memberikan maklum balas yang sangat positif terhadap keseluruhan pelaksanaan Lean Six Sigma ini, di mana mereka menghargai pengalaman dan ilmu baharu yang diperoleh daripada jurulatih kami.

Terokai bagaimana program latihan kami boleh membantu anda dan organisasi anda mencapai pertumbuhan yang berkekalan.

Ada pertanyaan mengenai kursus atau penyelesaian korporat kami? Konsultan kami sedia membantu. Hubungi kami di +603 7873 8485 atau hantarkan pertanyaan untuk maklumat lanjut.

Apakah yang anda berminat untuk ketahui?
Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Comments